GURU-GURU SKPP 17(1)

GURU-GURU SKPP 17(1)

Sunday, 24 April 2016

MAKLUMAN CUACA PANAS



LAYARI WEBSITE INFOSIHAT UNTUK MAKLUMAT BERKENAAN ISU CUACA PANAS DAN KERATAN AKHBAR 

Saturday, 23 April 2016

Latihan Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Putrajaya Tahun 2016

Bergambar kenangan bersama-sama Guru Besar, wakil PIBG  dan anggota bomba yang hadir untuk taklimat dan demonstrasi kebakaran 

Jamuan ringan untuk para anggota bomba

Sijil Penghargaan kepada anggota bomba yang hadir

Perbincangan bersama-sama GPK HEM Puan Rozlah Binti A Bakar

Demonstrasi memadam api menggunakan alat pemadam api



Guru bersedia memakai peralatan untuk demonstrasi memadam api

Tuesday, 19 April 2016

Penyampaian Hadiah Program Minggu Panitia Matematik 2016

Hadiah disampaikan oleh GPK Tadbir dan Kurikulum Puan Roslina Binti Abd Rahman


Ketua Panitia Matematik Puan Umi Kalthom sedang mengumumkan nama pemenang Program Minggu Panitia Matematik 2016



Tahniah diucapkan kepada para pemenang Program Mingg Panitia Matematik SKPP 17(1) 


PEMANTAUAN KANTIN BERSIH, SIHAT DAN CERIA OLEH JPWPP DAN PEJABAT KESIHATAN

Guru Besar bersama Guru Penolong Kanan HEM bergambar bersama-sama pegawai-pegawai pemantau dari JPWPP dan Pejabat Kesihatan W.P Kuala Lumpur dan Putrajaya semasa pemantauan kantin dijalankan
Penerangan tentang carta organisasi dan beberapa program kantin yang telah dijalankan oleh Puan Marlina Binti Mohamed dan Guru Besar En Che Rozi Bin Hasan
Taklimat Kantin

Dari Kiri: Puan Umi Kalshom Binti Abd Ghafar, Pegawai dari JPWPP, GPK HEM Puan Rozlah Binti A Bakar dan Guru Besar En Che Rozi Bin Hasan 

Pegawai-pegawai dari Pejabat Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Perbincangan di  ruang kantin SK Putrajaya Presint 17(1)


Monday, 28 March 2016

PELANCARAN MINGGU PANITIA MATEMATIK


Berikut adalah gambar-gambar minggu panitia matematik yang telah diadakan pada hari Isnin 28 Mac 2016. Pelancaran telah dirasmikan oleh GPK Kokurikulum En Sayran Bin Marzuki. Syabas dan tahniah kepada Panitia Matematik yang diketuai oleh Puan Umi Kalthum Binti Muhd Ali di atas pelancaran minggu panitia matematik pada tahun 2016.

Gimik pelancaran

Murid bersedia untuk persembahan pelancaran minggu matematik


Antara program yang akan dijalankan sempena minggu Panitia Matematik untuk murid-murid tahun 1,2 dan 3

Friday, 25 March 2016

Program Kantin Selamat

Murid lelaki dan perempuan diasingkan ketika membeli makanan di kantin sekolah

Guru memantau murid ketika di kantin sekolah

Murid lelaki beratur ketika membeli makanan



Murid perempuan beratur menunggu giliran

Saturday, 12 March 2016

Solat Sunat Gerhana Matahari

Salam sehati sejiwa, berikut gambar-gambar program solat sunat gerhana matahari yang telah dijalankan oleh guru-guru, ibu bapa dan murid-murid SKPP 17(1) sebagai salah satu pengisian kerohanian untuk semua warga SKPP 17(1). Solat dipimpin oleh Ustaz Mohd Marzuki Bin Jusoh dengan disertai oleh murid-murid dan ibu bapa yang juga dijemput bersama-sama pada hari tersebut.


Murid-murid mendengar penerangan dari Ustaz Mohd Marzuki sebelum solat bermula



Tazkirah ringkas dan penerangan tentang kepentingan melakukan solat sunat gerhana matahari
Aktiviti menccerap gerhana matahari oleh guru-guru

Saturday, 5 March 2016

Solat Hajat dan Bacaan Yassen

Salam sehati sejiwa, selesai program Solat Hajat dan Bacaan Yassen yang telah diadakan bersama-sama guru dan ibu bapa murid -murid SKPP 17(1). Program yang diadakan setiap tahun ini adalah untuk menjalinkan ukhwah di antara ibu bapa di samping menerapkan aktiviti kerohanian dalam diri warga SKPP 17(1). Solat dan bacaan yassen dipimpin oleh Ustaz Mohd Marzuki Bin Jusoh.

Tazkirah oleh Ustaz Mohd Marzuki Bin Jusoh yang merupakan guru pendidikan islam di SKPP 17(1)
Pendaftaran ibu bapa yang sudi hadir ke Program Solat Hajat dan Bacaan Yassen 
Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir dan bersama-sama membawa pelbagai jenis juadah
Bacaan Yassen sedang berlangsung




Kesimpulannya majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa yang hadir. 

Tuesday, 2 February 2016

PROGRAM 'FOOD EXPRESSIONS'


Program Food Expression yang telah dimulakan seawal bulan Februari 2016 mendapat sambutan yang mengalakkan daripada guru-guru ibu bapa dan murid-murid SK Putrajaya Presint 17(1). Murid-murid atau ibu bapa juga guru-guru hanya perlu meletakkan syiling rm 0.01 di mana-mana kotak ekspresi mengikut kepuasan masing-masing. Jika makanan pada masa itu dirasakan kurang menepati selera maka mereka boleh memilih untuk meletakkan syiling di dalam kotak ekspresi makanan tidak sedap pada hari ini. Terdapat dua lagi ekspresi iaitu Saya suka makanan hari ini dan Sedap ke makanan hari ini?

Data akan dikumpulkan mengikut bulanan secara graf dan dihantar kepada pengusaha kantin pada setiap akhir bulan. Tindakan pengusaha kantin hanya perlu menandatangani borang yang disediakan dan maklumbalas di bahagian berkenaan.