GURU-GURU SKPP 17(1)

GURU-GURU SKPP 17(1)

Tuesday 2 February 2016

PROGRAM 'FOOD EXPRESSIONS'


Program Food Expression yang telah dimulakan seawal bulan Februari 2016 mendapat sambutan yang mengalakkan daripada guru-guru ibu bapa dan murid-murid SK Putrajaya Presint 17(1). Murid-murid atau ibu bapa juga guru-guru hanya perlu meletakkan syiling rm 0.01 di mana-mana kotak ekspresi mengikut kepuasan masing-masing. Jika makanan pada masa itu dirasakan kurang menepati selera maka mereka boleh memilih untuk meletakkan syiling di dalam kotak ekspresi makanan tidak sedap pada hari ini. Terdapat dua lagi ekspresi iaitu Saya suka makanan hari ini dan Sedap ke makanan hari ini?

Data akan dikumpulkan mengikut bulanan secara graf dan dihantar kepada pengusaha kantin pada setiap akhir bulan. Tindakan pengusaha kantin hanya perlu menandatangani borang yang disediakan dan maklumbalas di bahagian berkenaan.