GURU-GURU SKPP 17(1)

GURU-GURU SKPP 17(1)

Monday 28 March 2016

PELANCARAN MINGGU PANITIA MATEMATIK


Berikut adalah gambar-gambar minggu panitia matematik yang telah diadakan pada hari Isnin 28 Mac 2016. Pelancaran telah dirasmikan oleh GPK Kokurikulum En Sayran Bin Marzuki. Syabas dan tahniah kepada Panitia Matematik yang diketuai oleh Puan Umi Kalthum Binti Muhd Ali di atas pelancaran minggu panitia matematik pada tahun 2016.

Gimik pelancaran

Murid bersedia untuk persembahan pelancaran minggu matematik


Antara program yang akan dijalankan sempena minggu Panitia Matematik untuk murid-murid tahun 1,2 dan 3

Friday 25 March 2016

Program Kantin Selamat

Murid lelaki dan perempuan diasingkan ketika membeli makanan di kantin sekolah

Guru memantau murid ketika di kantin sekolah

Murid lelaki beratur ketika membeli makanan



Murid perempuan beratur menunggu giliran

Saturday 12 March 2016

Solat Sunat Gerhana Matahari

Salam sehati sejiwa, berikut gambar-gambar program solat sunat gerhana matahari yang telah dijalankan oleh guru-guru, ibu bapa dan murid-murid SKPP 17(1) sebagai salah satu pengisian kerohanian untuk semua warga SKPP 17(1). Solat dipimpin oleh Ustaz Mohd Marzuki Bin Jusoh dengan disertai oleh murid-murid dan ibu bapa yang juga dijemput bersama-sama pada hari tersebut.


Murid-murid mendengar penerangan dari Ustaz Mohd Marzuki sebelum solat bermula



Tazkirah ringkas dan penerangan tentang kepentingan melakukan solat sunat gerhana matahari
Aktiviti menccerap gerhana matahari oleh guru-guru

Saturday 5 March 2016

Solat Hajat dan Bacaan Yassen

Salam sehati sejiwa, selesai program Solat Hajat dan Bacaan Yassen yang telah diadakan bersama-sama guru dan ibu bapa murid -murid SKPP 17(1). Program yang diadakan setiap tahun ini adalah untuk menjalinkan ukhwah di antara ibu bapa di samping menerapkan aktiviti kerohanian dalam diri warga SKPP 17(1). Solat dan bacaan yassen dipimpin oleh Ustaz Mohd Marzuki Bin Jusoh.

Tazkirah oleh Ustaz Mohd Marzuki Bin Jusoh yang merupakan guru pendidikan islam di SKPP 17(1)
Pendaftaran ibu bapa yang sudi hadir ke Program Solat Hajat dan Bacaan Yassen 
Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir dan bersama-sama membawa pelbagai jenis juadah
Bacaan Yassen sedang berlangsung




Kesimpulannya majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa yang hadir.